SELEPAS Pulau Langkawi, beberapa destinasi pelancongan dijangka dibuka kepada orang ramai seperti Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman serta Pulau Perhentian dalam waktu terdekat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan pada masa akan datang itu berdasarkan gelembung pelancongan yang berpotensi di negara ini.
Menurutnya, ketetapan itu susulan pelaksanaan Pulau Langkawi sebagai projek rintis di bawah program gelembung pelancongan (travel bubble) bermula 16 September.
“Sekiranya berjaya (projek rintis), lebih banyak gelembung pelancongan berpotensi akan diteruskan ke destinasi-destinasi peranginan lain seluruh negara seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman,” katanya.
.
Nancy berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan itu merupakan antara usaha memulihkan industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Apabila projek Langkawi berjaya, kita akan mulakan interstate travel (pelancongan antara negeri) sedikit masa lagi, sebab banyak negeri sudah capai Fasa Empat (Pelan Pemulihan Negara),”
Beliau berkata, antara lain Langkawi dipilih sebagai projek rintis kerana ia mempunyai lapangan terbang antarabangsa.
“Kementerian sudah mengadakan beberapa perbincangan antara agensi,”
No comments:
Post a Comment