Semakin usia meningkat, perubahan fizikal juga akan menunjukkan
perubahan termasuk tanda-tanda penuaan yang jelas terlihat pada kulit
wajah. Selain adanya garis-garis halus di wajah, masalah bintik-bintik hitam
atau jeragat juga biasanya akan muncul di usia 40an.
Mengatasi
masalah tersebut, bolehlah diamalkan dengan cara alami terutamanya dengan
menggunakan lemon. Jika anda ingin tahu, lemon kaya dengan vitamin C yang
mampu memudarkan tanda-tanda bintik hitam pada wajah. Malah dengan menggunakan
lemon secara konsisten akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan berseri.
Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.
HILANGKAN
PARUT DAN BINTIK HITAM
Hai korang.Ingat Kekla
lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat
untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye
semulajadi dan selamat.
Lemon. Yup! Lemon je
korang.
Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik
lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.
Then, amik
jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan
bintik-bintik tu.
Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka
tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab
ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.
Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.
Buatlah 3x
seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan
semulajadilah katakan.
Lemon
mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut
jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali
sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.
Okey korang
try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau
hilang.
SUMBER FB LELAWATI LELA
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Media
Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui
laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.



No comments:
Post a Comment