Bahaya makan ikan tilapia tak dimasak sempurna, ibu anak seorang kudung kedua belah kaki & tangan. Gara-gara memakan ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna, terjadi peristiwa yang menggerikan bagi seorang wanita. Bahkan dirinya kini sedang bertarung nyawa selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik
laporan Berita Harian, seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan
kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas
memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.
Wanita dari
San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada
Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan
berkenaan.
Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki &
Tangan
Menurut
rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki
berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan
ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.
“Dia hampir
kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.
“Dia
terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah
bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,”
katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.
Messina
percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi
amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1
September.
Menurut CDC,
orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut
mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.
Messina turut mewujudkan halaman khusus di media
sosial untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya, iaitu
‘GoFundMe’, di mana sehingga kini lebih AS$35,000 (RM163,940) berjaya dikumpul
hasil sumbangan orang ramai.
Sumber Agensi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Media Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.



No comments:
Post a Comment