
Memiliki kulit wajah yang putih, mulus dan licin sememangnya
menjadi impian setiap wanita.
Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup melabur wang yang
banyak demi mendapatkan kulit wajah idaman ibarat telur yang dikupas.
Namun dalam keghairahan untuk mendapatkan kulit wajah yang
sempurna, segelintir kaum Hawa cenderung untuk terpengaruh dengan membeli
produk yang kononnya mampu memberikan kesan positif dalam jangka masa yang
singkat sahaja!
Gembira bukan kepalang apabila melihat wajah yang dahulunya
kusam kian berubah menjadi cerah dan anjal, namun tahukah anda tidak semua
bahan di dalam produk berkenaan selamat untuk digunakan malah memudaratkan
tubuh.

Sebagaimana perkongsian seorang wanita yang menggunakan akaun TikTok @nurnnyas, dia berkongsi kesan yang ditanggung ketika ini akibat
pemakaian produk yang mengandungi merkuri.
Jelas wanita
berkenaan, kulit wajahnya berubah menjadi kehitam-hitaman seperti kesan
terbakar selepas setahun menggunakan krim produk berkenaan.
"Saya fikir
pada mulanya kerana sinaran matahari sebab saya bekerja di lapangan (luar).
Tapi lama-lama pun kesannya tidak hilang. Akhirnya saya memutuskan untuk
berhenti.
"Tapi bila
berhenti, makin teruk. Saya kebingungan dan ambil langkah untuk biarkan saja.
Tiga tahun kebelakangan ini, kesannya memburuk," katanya menerusi video
berkenaan.
Wanita tersebut
berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik
kulit.
"Seorang
doktor mendiagnosis kulit saya dan menurutnya selain kerana kesan merkuri,
masalah tersebut juga berpunca akibat kesan terkena sinaran matahari secara
terus ke kulit," katanya lagi.

Masih di dalam
tempoh rawatan, wanita berkenaan berkata perkongsian yang dibuat di TikTok
bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak
sewenang-wenangnya menggunakan produk wajah terutama yang mengandungi bahan
seperti merkuri.
Justeru, bagaimana caranya untuk mengenal pasti sama ada sesuatu
produk mengandungi merkuri?
Portal Hellodoktor berkongsi beberapa langkah yang
boleh diambil untuk memastikan produk tersebut selamat dan tidak mengandungi
merkuri, iaitu:
1) Cuba sapukan krim tersebut pada tangan dan gosokkan barang
kemas yang diperbuat daripada emas. Jika krim tersebut bertukar warna kepada
kelabu atau kehitam-hitaman, ia mengandungi merkuri.
2) Periksa label di belakang produk. Jika ada perkataan mercurous chloride, calomel, mercuric,
mercurio atau mercury,
anda perlu berhenti menggunakan produk tersebut secepat mungkin.
3) Krim yang mengandungi merkuri mempunyai bau yang kuat dan
menusuk hidung.
Ibu yang mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan
produk yang mengandungi merkuri.
Implikasinya bukan sahaja akan menimpa si ibu, ia juga boleh
membawa masalah kepada bayi dalam kandungan.
Untuk mendapatkan maklumat sahih, anda boleh memeriksa jenama
produk yang mengandungi merkuri melalui laman sesawang Bahagian Regulatori
Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadilah pengguna yang bijak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share
Ya… Terima Kasih.
Pihak Media Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
No comments:
Post a Comment