Kasih sayang antara seorang datuk dan
cucu ini mengundang sebak. Ditakdirkan sehidup semati, Azmi Abdullah, 77, dan
Muhammad Ziyaad Mikhail, setahun tujuh bulan kembali kepada Maha Pencipta dalam
sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai
Petani, Kedah.
Lebih memilukan, si kecil berkenaan
adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan
suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu
kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina.
Besarnya ujian apabila kehilangan dua
insan tersayang sekelip mata, Zarina pasrah dengan ketentuan ALLAH yang
meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun
telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin,
si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa
tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5
petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan
dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam
berhampiran.
Datuk penyayang, Azmi adalah pesara
kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Adiknya, Yusof Abdullah, 61,
berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain
bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang
dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai
lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal
serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang
ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan,
namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu,
airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah
tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah
suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Menurut Yusof, Azmi mempunyai lima
anak serta 10 cucu dan Muhammad Ziyaad Mikhail serta ibu bapanya tinggal
bersama.
Jenazah kedua-dua beranak itu
kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang
Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang
menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda,
Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama
cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang
Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam
7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa
dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam
Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan
mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter.
Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4-
Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang
ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri
mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
5-Temu bual
bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu
selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada
ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga
jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat
carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam.
Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7-
Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Warga maya
rata-rata menzahirkan simpati dan mendoakan agar keluarga ini dikurnia
ketabahan. Ujar mereka:
– “Besarnya
ujian puan, saya anak tak sihat pun sudah rasa sedih.”
– “Moga Puan
tabah, pastinya ALLAH akan menggantikan yang hilang. DIA tak akan uji
hamba-Nya, diluar kemampuan.”
–
“Allahuakbar innalillahiwainnilaihirojiun, salam takziah, moga puan dan
keluarga tabah
–
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga ibu ayah kuat dan tabah.”
– “Salam
takziah buat keluarga ini, kehilangan dua orang tersayang sekelip mata. Moga
terus kuat.”
Sumber Sinar Harian
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Media Portal tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.




No comments:
Post a Comment